Salam semuaa..
Nampak macam remeh tapi sebenarnya duduk atas dompet
boleh menyebabkan penyakit belakang yang akan dialami ketika anda semua semakin
berusia. Golongan yang kerap mengalami semestinya kaum lelaki. Kalau anda
lelaki mungkin sekarang pun anda tengah duduk atas dompet.
Apabila dompet dibelakang secara amnya postur akan
menjadi tidak betul dan menghasilkan ketidakseimbangan otot kerana duduk
menyenget. Pada awalnya memang anda takkan rasa lagi tapi bertahun nanti anda
akan rasa sakitnya bermula dari pinggang sehingga kaki. Lelaki yang suka
meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan
masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah.
Golongan yang kerap dapat penyakit ini biasanya yang
selalu kena duduk terutama kat pejabat dan berpeluang besar mengidap penyakit
sakit belakang. Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang
belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit
dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.



Post a Comment