Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Unknown


Salam...
Apa yang dimaksudkan dengan KOLESTROL ?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol Penyebab Serangan Jantung.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
* sumber Wikipedia

Produk Shaklee Untuk Menurunkan Kolestrol


B Complex - Vitamin B3 (Niasin) membantu menurunkan kadar kolestrol


Garlic - merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah


Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol "jahat" LDL


Vita C - Vitamin C menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri


Vita E - memperbaiki peredaran darah


Unknown




Salam..

Seperti yang kita tahu seorang ibu yang mengandung memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan si ibu dan kandungannya sentiasa sihat. Jika ibu yang mengandung pergi ke klinik menjalani pemeriksaan biasanya akan dibekalkan dengan obimin, asid folic dan vitamin-vitamin lain. Vitamin-vitamin itu adalah untuk dimakan sepanjang kehamilan.

Tetapi jika ibu-ibu inginkan yang lebih baik, tidak salah memilih SHAKLEE kerana ia lebih baik malah lebih baik dari vitamin sintetik yang berada di pasaran.

Disini saya sediakan beberapa pakej untuk ibu-ibu mengandung.

SET 1 - 1st Termister
Vitalea (Multivitamin lengkap dengan IRON)
B complex (lengkap dengan ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Termister
Vitalea (Multivitamin lengkap dengan IRON)
B complex (lengkap dengan ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)
OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)


Apa khasiat setiap vitamin ini ?

Vitalea (Multivitamin)
Menambah kepada apa-apa pemakanan yang kurang dalam badan kita, juga membantu menambahkan keperluan badan kita jika kita tidak mengikut sistem pemakanan yang betul. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

B Complex
B Complex Shaklee lengkap dengan asid folic, asid folic sangat penting untuk bayi dalam kandungan ibu. Juga membantu mengatasi kelesuan. Penting bagi mengatasi masalah kesihatan mental (kemurungan) dan mengatasi stress.

Vitamin C
Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan bagi ibu-ibu yang mengandung boleh mengelakkan dari demam dan selsema. Individu yang mengalami stress atau keadaan penat, letih, lesu serta kesibukan memerlukan vitamin C.

Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Membina tulang dan gigi yang kuat, juga mengelakkan dari kekejangan otot. Untuk menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi. Juga terdapat vitamin D yang boleh mengelakkan jaundice (sakit kuning).

Omega Guard
Dengan kandungan DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu khasiat omega guard ini dapat membantu mengawal paras kolestrol.

Sebagai tambahan ibu-ibu boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman sepanjang kehamilan. Apa khasiat ESP ini?

Energizing Soy Protein
Ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Untuk bayi dalam kandungan pula ia membantu untuk tumbesaran bayi supaya sihat dan kuat.

Cubalah dulu supplement ini selama sebulan dan rasai perbezaannya, jika anda mengambil supplement selain di atas anda dinasihatkan supaya menghentikan dahulu pengambilan supplement tersebut supaya tidak bercampur aduk dengan supplement lain bagi mengelakkan kurang keberkesanan.
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.