Salam semuaa..
Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak
terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi
sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama.
Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak?
Salahguna Shampoo
Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang berminyak.
Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak yang
terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke akar
rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat dan
kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru nak
basuh sekali?
Salahguna Conditioner
Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu menggunakan
conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana perempuan ini
bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada bahagian hujung
rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu kepala hingga
berbuih. Salah tu! Kehkehkeh!
Penggunaan Krim
Rambut
Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan conditioner
rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3 hari asyik guna krim rambut, rajinkanla diri
shampoo paling kurang 2 hari sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.
Makanan Pedas
Makanan pun penting juga walaupun orang kata kalau makan
ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan anda berjalan –
jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi? Nasihat saya,
elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan minyak kat kepala.
Vitamin Rambut
Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi takkan nak
tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin rambut paling
kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat. Makin lebat
rambut, makin kacak di mata perempuan.
Salam semuaa.
Setiap lelaki inginkan penampilan yang segak bergaya atau
lebih muda saya terang sebagai MASKULIN. Di sini saya ingin tampilkan beberapa
tips & panduan untuk para lelaki mungkin membantu anda serba sedikit. Siapa
tahu? Kehkehkeh!
1. Penjagaan Wajah
Penjagaan kulit muka adalah penting bagi menampakkan
wajah segar & berseri. Kulit yang berminyak & tidak sihat akan
membuatkan wajah nampak tua & kusam. Sentiasa menggunakan pencucui muka
yang sesuai dengan kulit anda muka anda & jangan menggunakan sabun mandi
kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.
2. Penjagaan Kuku
Kuku tangan yang bersih dan terjaga bukan sahaja dapat
mengelakkan anda daripada mendapat penyakit, malah memberikan penampilan diri
yang sihat & bersih. Anda tak perlu
jaga seperti perempuan cukup sekadar memotongnya apabila dah panjang. Bagi umat
Islam memotong kuku pada hari jumaat juga memberikan pahala tambahan.
3. Pemilihan Warna Pakaian & Aksesori
Pemilihan warna yang padan adalah amat penting. Sebagai
contoh warna jam tangan, tali kasut dan tali pinggang mestilah sama. Elakkan warna yang bercampur aduk sehingga
nampak seperti badut. Orang akan memandang seseorang melaui penampilan barulah
pada rupa.
4. Penjagaan Kasut
Penjagaan kasut juga amat penting. Kasut yang bersih dan
berkilat akan memberikan penampilan yang hebat walaupun anda hanya memakai
sneaker. Warna stoking juga mestilah sepadan dengan warna kasut. Penggunaan
stoking dengan sandal juga adalah salah satu kesilapan dalam bergaya. Ingat,
perempuan juga memandang lelaki melalui kasut yang dipakai.
5. Pewangi
Penggunaan pewangi juga memainkan peranan yang amat
penting. Lelaki ini satu masalah utama peluh cepat keluar dan ketiak mudah
hangit. Gunakan deodorant bagi mengelakkan bau ketiak dan minyak wangi
kegemaran ketika keluar rumah. Bau yang wangi bukan saja dapat menjaga emosi,
mental dan fizikal anda, malah memberikan kesan positif kepada orang sekeling.
6. Penjagaan Wallet
Jangan ingat wallet tidak perlu dijaga. Wallet yang tebal
7 membonjol juga akan merosakkan penampilan anda. Susun kad-kad yang dipakai
dengan teratur supaya senang anda mengambilnya apabila memerlukannya. Buang
atau simpan benda-benda yang tidak diperlukan.
Salam
semuaa.
Batu
Karang dan Lelaki seumpama adik beradik tak mampu nak
dipisahkan. batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh
menjejaskan aktiviti seharian.
Batu
karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu
kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah
pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk
membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.
Pembentukan
batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain
saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi,
batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang
teramat sangat.
Penyakit
batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah
tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon
testosteron yang tinggi dan menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak
jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka
rendah. Mungkin ada yang belum tahu, batu karang terbentuk dalam buah
pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi
menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Kehadiran
batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.
Andropause atau menopause adalah di mana
lelaki usia pertengahan mempunyai gejala seperti perempuan menopause.
Andro bermaksud lelaki dan pause bermaksud berhenti. Andropause
bermaksud berhentinya fisiologi lelaki manakala menopause
adalah produksi ovum dan hormon estrogen serta siklus haid berhenti
dengan cara yang relatif mendadak.
Istilah lelaki menopause lebih
dikenali “akhir-onset hipogonadisme” iaitu di mana penurunan kadar
testoteron, penurunan produksi sperma dan hormon lainnya secara
perlahan.
Melalui kajian dari 3000 lelaki
berusia 40-79 tahun, hanya 2 percent yang mengidap penyakit andropause
ini. Kadar testosteron rendah adalah kadar testosteron total kurang
dari 11 nmol per liter dan kadar testosteron bebas kurang dari 220 pmol
per liter. Apabila kadar testosteron rendah, lelaki akan mempunyai
gejala disfungsi ereksi, penurunan dari gairah seksual, dan ereksi di
pagi hari yang buruk.
Pengambilan Vita E Complex dari Shaklee boleh membantu anda menghindari andrapouse ini. Ini kerana pengambilan Vita-E ini mampu mempertingkatkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kitaran sperma mereka.
Selain itu, para lelaki di luar sana juga boleh mengambil Zinc Complex dimana ia mampu memperbaiki masalah prostat. Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat dengan kadar 70%.
Pengambilan zinc untuk jangka masa panjang pula mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki serta meninggikan kiraan sperma. Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.
Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya...