Showing posts with label fakta pelik. Show all posts
Showing posts with label fakta pelik. Show all posts
Unknown
 
GLASS GEM CORN : JAGUNG DENGAN ISI PELANGI BERWARNA-WARNI | Kebiasaannya jagung memiliki warna kuning kemerahan, namun seorang petani dari Amerika Syarikat, Carl Barnes berjaya menghasilkan jagung unik dengan  isi berwarna-warni seperti pelangi.

Jagung ini diberi nama Glass Gem Corn yang merupakan varieti jagung khas.

Carl Barnes mencuba untuk menyilangkan jagung yang memiliki biji-biji berwarna tersebut.

Selama bertahun-tahun Carl bereksperimen sehingga akhirnya berjaya mendapatkan warna berbeza-beza dalam sebiji jagung.
 
 
Unknown
 
Macam-macam hal....hahaha kelakar pun ada..engineer yg design bangunan ni mesti tgh serabut tahap gaban masa buat design bangunan ni...
 
ENGINEERING FAIL : PEMAJU TERLUPA BUAT SISTEM LIF PADA BANGUNAN PENCAKAR LANGIT!!!

 
 Bangunan yang diberi nama 'Tempo' di Sepanyol ini adalah bangunan kediaman yang tertinggi di Benua Eropah dengan ketinggian sebanyak 47 tingkat.
Walaubagaimanapun, pemajunya seolah-olah telah terlepas pandang satu keperluan reka bentuk utama ...iaitu sistem lif.
Bangunan ini pada asalnya dirancang mempunyai hanya 20 tingkat tetapi telah diperbesarkan menjadi 47 tingkat, dan pemajunya dikatakan telah terlupa untuk membina lif tambahan bagi menampung ketinggian tambahan, bermakna bangunan ini tidak mempunyai lif dari tingkat 21 hingga 47. Nampak gayanya yang beli rumah ni tingkat 22 sampai 47 tu kurus la nanti...hahahaha
Malah lebih mengejutkan, 'kesilapan' itu tidak disedari sehinggalah bangunan itu hampir siap.
 
Nah...lagi gambar-gambar bangunan yang fail itu...
 


 
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.