Showing posts with label info sihat. Show all posts
Showing posts with label info sihat. Show all posts
Unknown


Salam...
Apa yang dimaksudkan dengan KOLESTROL ?
Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol Penyebab Serangan Jantung.
Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.
* sumber Wikipedia

Produk Shaklee Untuk Menurunkan Kolestrol


B Complex - Vitamin B3 (Niasin) membantu menurunkan kadar kolestrol


Garlic - merendahkan kadar kolestrol dan tekanan darah


Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol "jahat" LDL


Vita C - Vitamin C menurunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri


Vita E - memperbaiki peredaran darah


Unknown


Salam semuaa.

Batu Karang dan Lelaki seumpama adik beradik tak mampu nak dipisahkan.  batu karang jangan diambil mudah kerana ia boleh menjejaskan aktiviti seharian.

Batu karang merujuk keadaan yang mana wujud sisa mineral halus seakan-akan batu kristal di sepanjang saluran kencing. Saluran ini merangkumi organ seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan urethra yang berfungsi menapis darah untuk membuang kekotoran yang kemudian disingkir dari tubuh.

Pembentukan batu biasanya bermula di buah pinggang sebelum bergerak ke bahagian lain saluran kencing hingga tersumbat di tiub yang lebih kecil seperti batu pundi, batu uriterik dan batu buah pinggang menyebabkan pesakit berasa sakit yang teramat sangat.

Penyakit batu karang lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita iaitu pada nisbah tiga lelaki bagi setiap seorang wanita. Ini disebabkan lelaki memiliki hormon testosteron yang tinggi dan menjelaskan mengapa orang tua dan kanak-kanak jarang mendapat penyakit ini memandangkan hormon testosteron mereka rendah. Mungkin ada yang belum tahu, batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis. Kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.

Unknown

Salam semuaa.

Hari ini saya nak share panduan memilih gym yang sesuai dengan anda. Gym yang betul menentukan kemalasan dan kerajinan anda untuk bersenam.

1. Lokasi
Carilah gym yang berdekatan dengan anda kerana semangat nak ke gym ini biasanya hangat pada permulaan bulan sahaja. Jangan mencari gym yang terlalu jauh.

2. Parking Kereta
Sesetengah tempat biasanya mempunyai parking yang crowded. Dah sampai di gym, mood nak mengangkat berat dah bertukar jadi mood panas hati.

3. Bayaran
Sesetengah mereka yang baru nak berjinak dengan dunia gym biasanya akan terus pergi pada gym mahal contohnya Celebrity Fitness dan Fitness First. Saranan saya, save budget anda dan cuba cari gym yang tak simple tapi penuh dengan peralatan dan bukannya beraircond. Bila ada aircond, duit pun mengalir macam air.

4. Masa Operasi
Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. Jurulatih
Jurulatih ini paling penting. Jangan memilih rupa tapi pandang pada bentuk badan dulu. Kadang- kadang ada trainer yang nak bagi client cepat berpuas hati, terus sarankan amek steriod. Berhari – hati la ye!
 
Unknown

Salam semuaa..

Rasanya ramai tahu, perkara asas untuk kurus adalah dengan mengira kalori dalam makanan. Diet yang betul akan memberikan shape yang anda idamkan.

Kalau bercakap pasal diet, semua orang tahu macam mana nak berdiet tapi seberapa ramai yang amalkan apa yang diketahui itu?hahahahaha

Nak berdiet ini, pertama sekali anda kena tauuu cara nak mengira kalori asas:

RMR untuk lelaki= 13.7516w + 5.0033s – 6.775a + 66.473

RMR untuk perempuan = 9.5634w + 1.8496s – 4.6756a + 655.0955

w = berat dalam kilogram
s = tinggi dalam centimeter
a = umur

Contoh jika seorang lelaki berumur 20 tahun dengan berat 70kg dan tinggi 170cm:

13.7516 x 70 + 5.0033 x 170 – 6.775 x 20 + 66.473 = 1611

Kadar metabolisme asasnya ada 1611 kalori. Anggarkan senaman harian memerlukan 1000 kalori jadi untuk sehari anda memerlukan 2611 kalori.

Manakala untuk kira kalori pula adalah dengan menumpukan pada kalori buang lemak. Bagi seorang yang mempunyai kalori 2611 sehari, kurangkan 10% daripadanya.

2611 /100×70 = 1828

Diet seimbang :  40:40:20, karbohidrat 40: protein 40: lemak 20.

40/100 x 1828 = 731

20/100 x1828 = 366

Kiraannya, anda memerlukan731 kalori  daripada karbohidrat, 731 kalori daripada protein dan 731 kalori dari lemak. Mungkin ada yang tak tau, 1g karbohidrat = 4 kalori, 1g protein = 4 kalori manakala 1g lemak = 9 kalori.

731/4 = 183

366/9 = 41

Jadi, kiraan yang betul pengambilan makanan adalah 183 g karbohidrat, 183 g protein dan 41 g lemak. Macam mana nak tahu contoh makanan yang dikira melalui g? Jom tengok lama – lama! hehehehe!



Nak tau tak...Shaklee ade Set Pelangsingan yang boleh membantu korang yang nak kurus....boleh cuba tau...just ask me!!free consultation...

 
 
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.