Mari Jana Pendapatan Anda Bersama Saya!!!
Apa uniknya Shaklee dan kenapa saya memilih Shaklee?
- Shaklee adalah syarikat vitamin yang telah lama berada dalam
pasaran. Produknya yang asli dan semulajadi benar-benar menawan hati
saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan
keluarga.
- Ia antara syarikat MLM yang adil. Once dah bergelar pemimpin
(bermula tahap Supervisor) bermakna kita dah break dari upline kita.
Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita
dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita
boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih
baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat
upline kita sekiranya kita rajin berusaha.
- Bonus dibayar tidak melalui upline atau mereka yang sponsor kita
tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk
tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat.
- Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang
kita bayar. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan
gel di dalam botol vitamin Shaklee.
Apa kelebihan menjadi ahli?
- Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.
- Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline.
- Jika berminat untuk berbiz, ada kelas tertutup disediakan melalui Group Biz tertutup khas untuk ini.
- Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).
Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration fee
sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam
lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu
menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi
sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 1022748
sebagai sponsor/upline.
Yuran keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk
ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda
mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya.
Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di
branch).
Tak Perlu Maintain point dalam ShakleeSekiranya cuma nak
makan sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan
perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan
maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan
saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase
Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.
Jom sertai kami..!!!
"Kenapa saya perlu ambil suppliment???" . Mungkin itu merupakan soalan yang bermain di minda korang kan...Tak dinafikan ada diantara kita belum tahu sebab mengapa kita perlu mengambil suppliment ini kan.... okay la...bagi yang still tak pasti mengapa perlu mengambil suppliment ni, saya share antara 20 sebab kenapa korang perlu ambil suppliment dan kebaikan-kebaikan mengambil suppliment ni....here we go!!
20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin
- Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
- Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan
penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan
kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel
makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan
lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu
juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang
efisien.
- Kopi, Teh Panas & Rempah Tabiat meminum air yang terlalu panas
atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh
menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan.
Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan
vitamin dan mineral menjadi kurang.
- Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada
hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan
metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan
badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin,
pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink,
magnesium dan juga kalsium.
- Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman
dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting
dalam fungsi sistem imun.
- Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara
berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral
daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan
kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan
julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti
potassium, sodium dan magnesium.
- Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan
berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang
lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan
Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan
sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak
kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
- Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
- Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan
meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien
berkurangan atau hilang sama sekali.
- Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam
meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan
tersebut.
- Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan
kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali
bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
- Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh
mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine,
riboflavin dan kalsium.
- Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti
sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah
yang lemah.
- Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan
protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan
terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses
pembaikan sel.
- Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh
meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
- Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60%
wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat
dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
- Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan
biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama
perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
- Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak
bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
- Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid
folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C,
zink dan juga riboflavin.
- Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan
vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.
