Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Unknown
Adoi...macam-macam hal sekarang ni....bunuh dah macam berita biasa jer setiap hari....Ni lagi satu kes..korang baca la berita yang dipetik dari Bernama ni...

Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilapor gagal pulang ke rumahnya selepas keluar sejak pagi semalam, ditemui mati dalam keadaan mayatnya disumbat di dalam beg pakaian di Jalan Kebun Nenas di Klang malam tadi.

Mayat gadis itu yang dipercayai dibunuh seorang lelaki yang dikenalinya melalui Internet, ditemui polis yang dibawa oleh suspek ke lokasi pada pukul 9 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata pemeriksaan awal menemukan kesan luka dan pendarahan pada kepala dan tangan mangsa.

Suspek yang berusia 23 tahun itu diberkas polis pada pukul 6.30 petang tadi di rumahnya di Kelana Jaya. Soal siasat mendapati mangsa dibunuh di rumah suspek lebih 12 jam lalu, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya, suspek diberkas susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di pada pukul 1.30 pagi selepas anaknya gagal pulang, sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Cempaka, Petaling Jaya pada pukul 11 pagi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat.

- Bernama
Unknown
Wahhh....terkejutkan...macam-macam sekarang..dulu kita selalu dengar isteri kena pukul dengan suami sekarang dah terbalik pulak, isteri yang pukul suami...ish ish ish...baca lah article ni...kredit to astro awani for tiz article...
KUALA LUMPUR: Mangsa keganasan rumah tangga pada masa kini bukan lagi isteri tetapi suami.

Statistik  polis menunjukkan bahawa angka suami didera oleh isteri semakin meningkat setiap tahun iaitu dari 650 kes pada tahun 2010 ke 815 kes pada tahun 2011 dan 930 kes pada tahun lepas.

Menurut laporan akhbar The Malay Mail, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Fadlina Siddiq berkata suami sering diserang dengan kayu golf, mop, penyapu, malah ditampar oleh isteri mereka.

Beliau turut berkata sesetengah suami pula mengalami penderaan mental apabila isteri merajuk dan tidak bercakap berbulan-bulan lamanya atau tidak mengadakan hubungan intim untuk tempoh yang lama.

“Kami pernah beri kaunseling kepada beberapa kanak-kanak yang mengaku bahawa ibu mereka selalu mendera bapa mereka,” kata beliau.

Walau bagaimanapun, statistik itu turut menunjukkan bahawa angka isteri yang didera, iaitu 72 peratus, masih lagi lebih tinggi daripada angka suami yang didera, iaitu 28 peratus.

Laporan itu turut memetik kata-kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim, yang berkata suami yang didera isteri harus mendapatkan bantuan seperti kaunseling.

“Setakat ini ada beberapa mangsa lelaki yang berusia di antara 30 ke 40 tahun, yang sedang mendapatkan bantuan kaunseling dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Beliau turut berkata Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bukan sahaja terhad  kepada wanita tetapi boleh melindungi lelaki juga.
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.