Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts
Unknown



Salam semuaa.

Kanser merupakan penyakit berbahaya yang paling ditakuti oleh kita semua. Sebut kanser semua macam risau tapi berapa ramai yang alert dengan penyakit kanser? Hari ini, saya nak berkongsi beberapa makanan yang anda boleh elak dan cegah dari awal.

Hot Dogs
Mengandungi terlalu banyak Nitrate dan kanak-kanak sebolehnya makan tidak lebih dari 12 hot dogs sebulan. Kalau anda ketagih juga nak makan Hot Dogs, cuba beli jenis yang tidak ada kandungan Sodium Nitrate.

Daging yang diproses
Juga mengandungi banyak kandungan Nitrate dan mengandungi kandungan lemak tepu yang menyumbang pembentukkan kanser selain meningkatkan risiko serangan jantung.

Donut
Berkemungkinan jensi makanan yang paling teruk menyumbang kepada kanser. Ia diperbuat daripada tepung, gula dan juga minyak yang dihidrogenasikan dan kemudiannya digoreng dalam minyak yang amat panas.

Kentang Goreng
Seharusnya dipanggil kancer-fries dan bukan french fries. Kentang goreng juga seperti donut yang dibuat daripada ‘hidrogenated oils’ dan digoreng dalam suhu yang amat tinggi. Kentang goreng juga mengandungi acryl amides salah satu bahan penyebab kanser.

Keropok, snack dan biskut
 Juga diperbuat daripada tepung dan gula. Ia juga mengandungi ‘Trans-fat’
Unknown




Salam..

Seperti yang kita tahu seorang ibu yang mengandung memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan si ibu dan kandungannya sentiasa sihat. Jika ibu yang mengandung pergi ke klinik menjalani pemeriksaan biasanya akan dibekalkan dengan obimin, asid folic dan vitamin-vitamin lain. Vitamin-vitamin itu adalah untuk dimakan sepanjang kehamilan.

Tetapi jika ibu-ibu inginkan yang lebih baik, tidak salah memilih SHAKLEE kerana ia lebih baik malah lebih baik dari vitamin sintetik yang berada di pasaran.

Disini saya sediakan beberapa pakej untuk ibu-ibu mengandung.

SET 1 - 1st Termister
Vitalea (Multivitamin lengkap dengan IRON)
B complex (lengkap dengan ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)

SET 2 - 2nd Termister
Vitalea (Multivitamin lengkap dengan IRON)
B complex (lengkap dengan ACID FOLIC)
Vitamin C
Ostematrix (Kalsium Magnesium)
OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)


Apa khasiat setiap vitamin ini ?

Vitalea (Multivitamin)
Menambah kepada apa-apa pemakanan yang kurang dalam badan kita, juga membantu menambahkan keperluan badan kita jika kita tidak mengikut sistem pemakanan yang betul. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

B Complex
B Complex Shaklee lengkap dengan asid folic, asid folic sangat penting untuk bayi dalam kandungan ibu. Juga membantu mengatasi kelesuan. Penting bagi mengatasi masalah kesihatan mental (kemurungan) dan mengatasi stress.

Vitamin C
Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan bagi ibu-ibu yang mengandung boleh mengelakkan dari demam dan selsema. Individu yang mengalami stress atau keadaan penat, letih, lesu serta kesibukan memerlukan vitamin C.

Ostematrix (Kalsium Magnesium)
Membina tulang dan gigi yang kuat, juga mengelakkan dari kekejangan otot. Untuk menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi. Juga terdapat vitamin D yang boleh mengelakkan jaundice (sakit kuning).

Omega Guard
Dengan kandungan DHA dan EPA penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu khasiat omega guard ini dapat membantu mengawal paras kolestrol.

Sebagai tambahan ibu-ibu boleh mengambil Energizing Soy Protein (ESP) sebagai minuman sepanjang kehamilan. Apa khasiat ESP ini?

Energizing Soy Protein
Ia memberi tenaga, bantu melancarkan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Untuk bayi dalam kandungan pula ia membantu untuk tumbesaran bayi supaya sihat dan kuat.

Cubalah dulu supplement ini selama sebulan dan rasai perbezaannya, jika anda mengambil supplement selain di atas anda dinasihatkan supaya menghentikan dahulu pengambilan supplement tersebut supaya tidak bercampur aduk dengan supplement lain bagi mengelakkan kurang keberkesanan.
Unknown

Selamat malam...malam ni saya nak share pasal buah avokado...Buah avokado ni adalah salah satu buah yang dicipta dengan pelbagai khasiat yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh manusia. Jadi, kita disarankan seperti dalam piramid makanan yang seimbang untuk lebihkan pengambilan buah dalam kehidupan kita. Mari lihat apa khasiat yang boleh diperoleh dari memakan buah ini.

Mengawal tekanan darah 
Avokado  merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber  lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia  membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu  meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.


Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.