Unknown



Salam semuaa..

Nampak macam remeh tapi sebenarnya duduk atas dompet boleh menyebabkan penyakit belakang yang akan dialami ketika anda semua semakin berusia. Golongan yang kerap mengalami semestinya kaum lelaki. Kalau anda lelaki mungkin sekarang pun anda tengah duduk atas dompet.
 
Apabila dompet dibelakang secara amnya postur akan menjadi tidak betul dan menghasilkan ketidakseimbangan otot kerana duduk menyenget. Pada awalnya memang anda takkan rasa lagi tapi bertahun nanti anda akan rasa sakitnya bermula dari pinggang sehingga kaki. Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah.
 
Golongan yang kerap dapat penyakit ini biasanya yang selalu kena duduk terutama kat pejabat dan berpeluang besar mengidap penyakit sakit belakang. Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.


Unknown


Siapa sini yang mempunyai bau badan yang kuat? Ada yang kata ia disebabkan bau bakteria yang membiak di badan tapi sebenarnya disebabkan tindakan bakteria mempecahkan protein kepada asid-asid yang menghasilkan bau. Mereka yang mempunyai masalah hiperhidrosis berpeluh cenderung mempunyai badan yang berbau.

Bagaimana mengurangkan bau badan?

1. Mandi setiap hari dengan menggunakan sabun mandi yang sesuai. Guna sabun mandi anti bakteria.

2. Jangan guna deodorant melainkan jika anda ada masalah peluh berlebihan. Ia akan menyebabkan masalah bau badan menjadi lebih serius.

3. Tukar pakaian termasuk pakaian dalam, stokin dan sebagainya setiap hari.

4. Simpan pakaian di tempat yang ada pengudaraan yang baik. Ia membantu membunuh bakteria yang mungkin hidup di dalamnya.

5. Ubah pemakanan anda. Kurangkan makan makanan yang menghasilkan bau seperti rempah, bawang. Kurangkan jika makanan segera, bergoreng dan yang tinggi bahan perasa tambahan.

6. Berhenti merokok jika anda merokok.

7. Guna hydrogen peroxide. Campurkan dengan air mengikut sukatanya dan cuci di tempat yang selalu berbau.

8. Menggunakan botulinum toxin. Ia membantu mengurangkan peluh di kawasan sasaran. Setiap rawatan boleh tahan dari 2 hingga 8 bulan. Boleh dapatkan rawatan dengan doktor.

9. Mandi air panas. Ia membantu bunuh bakteria yang hadir di kulit.

10. Bakteria boleh hidup di kulit-kulit mati. Jika kaki anda selalu berbau, cuba buang kulit mati di kaki.

Bila nak jumpa doktor?

Bau badan mungkin disebabkan masalah perubatan. Anda perlu jumpa doktor apabila:

• Berpeluh pada waktu malam
• Berpeluh lebih banyak daripada biasa tambah sebab yang logik
• Peluh sejuk
• Peluh mengganggu aktiviti harian
• Badan bau berbeza. Ia mungkin disebabkan diabetes, masalah hati atau buah   pingggang
Unknown


Salam semuaa.

Setiap lelaki inginkan penampilan yang segak bergaya atau lebih muda saya terang sebagai MASKULIN. Di sini saya ingin tampilkan beberapa tips & panduan untuk para lelaki mungkin membantu anda serba sedikit. Siapa tahu? Kehkehkeh!

1. Penjagaan Wajah
Penjagaan kulit muka adalah penting bagi menampakkan wajah segar & berseri. Kulit yang berminyak & tidak sihat akan membuatkan wajah nampak tua & kusam. Sentiasa menggunakan pencucui muka yang sesuai dengan kulit anda muka anda & jangan menggunakan sabun mandi kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.

2. Penjagaan Kuku
Kuku tangan yang bersih dan terjaga bukan sahaja dapat mengelakkan anda daripada mendapat penyakit, malah memberikan penampilan diri yang  sihat & bersih. Anda tak perlu jaga seperti perempuan cukup sekadar memotongnya apabila dah panjang. Bagi umat Islam memotong kuku pada hari jumaat juga memberikan pahala tambahan.

3. Pemilihan Warna Pakaian & Aksesori
Pemilihan warna yang padan adalah amat penting. Sebagai contoh warna jam tangan, tali kasut dan tali pinggang mestilah sama.  Elakkan warna yang bercampur aduk sehingga nampak seperti badut. Orang akan memandang seseorang melaui penampilan barulah pada rupa.

4. Penjagaan Kasut
Penjagaan kasut juga amat penting. Kasut yang bersih dan berkilat akan memberikan penampilan yang hebat walaupun anda hanya memakai sneaker. Warna stoking juga mestilah sepadan dengan warna kasut. Penggunaan stoking dengan sandal juga adalah salah satu kesilapan dalam bergaya. Ingat, perempuan juga memandang lelaki melalui kasut yang dipakai.

5. Pewangi
Penggunaan pewangi juga memainkan peranan yang amat penting. Lelaki ini satu masalah utama peluh cepat keluar dan ketiak mudah hangit. Gunakan deodorant bagi mengelakkan bau ketiak dan minyak wangi kegemaran ketika keluar rumah. Bau yang wangi bukan saja dapat menjaga emosi, mental dan fizikal anda, malah memberikan kesan positif kepada orang sekeling.



6. Penjagaan Wallet
Jangan ingat wallet tidak perlu dijaga. Wallet yang tebal 7 membonjol juga akan merosakkan penampilan anda. Susun kad-kad yang dipakai dengan teratur supaya senang anda mengambilnya apabila memerlukannya. Buang atau simpan benda-benda yang tidak diperlukan.
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.