Unknown


CoQ Health Shaklee merupakan penawar yang dicari-cari oleh pesakit jantung, diabetes dan darah tinggi. Penyakit 3 serangkai iaitu penyakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi adalah senarai teratas penyakit yang menyerang kebanyakan manusia di zaman milenium ini. Kalau cuma satu yang menyerang, anda sebenarnya cukup bernasib baik. Ini kerana ada individu yang menghidap 3 serangkai ini serentak! Ingin dimaklumkan ini bukan sesuatu yang pelik.

CoQ Health Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan. CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel , mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati. Saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan dan beberapa masalah kesihatan. Ini termasuk penyakit jantung dan kanser. Antioksidan seperti CoQ10 ini bukan sahaka meneutralkan radikal bebas, malah boleh mengurangkan seterusnya membantu mencegah sesetengah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas ini.
Para penyelidik yang membuat kajian percaya bahawa CoQ10 boleh membantu dengan hal-hal yang berkaitan dengan jantung kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran tenaga dalam sel-sel, mencegah pembentukan darah beku dan bertindak sebagai antioksidan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil supplemen CoQ Health Shaklee, boleh membantu mencegah dan merawat penyakit berikut :

Serangan Penyakit Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam tempoh 3 hari selepas serangan penyakit jantung adalah kurang berisiko untuk mempunyai serangan jantung berikutnya.

Kegagalan Jantung
Terdapat bukti bahawa CoQ10 boleh membantu merawat kegagalan jantung apabila digabungkan dengan ubat-ubatan konvensional. Orang yang mempunyai kegagalan jantung kongestif, di mana jantung tidak dapat mengepam darah serta ia harus juga mungkin mempunyai tahap rendah CoQ10. Kegagalan jantung boleh menyebabkan darah terkumpul di bahagian-bahagian badan yang lain, seperti paru-paru dan kaki. Ia juga boleh menyebabkan sesak nafas. Beberapa kajian klinikal menunjukkan bahawa suplemen CoQ10 membantu mengurangkan bengkak di kaki , mengurangkan cecair di dalam paru-paru, menjadikan pernafasan lebih mudah dan meningkatkan kapasiti untuk pesakit jantung melakukan senaman.

Tekanan Darah Tinggi
Beberapa kajian klinikal yang melibatkan jumlah beberapa individu di Amerika Syarikat menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan tekanan darah. Walau bagaimanapun, ia mungkin mengambil masa 4 – 12 minggu untuk melihat apa-apa perubahan . Dalam satu analisis, selepas membuat 12 kajian klinikal, penyelidik membuat kesimpulan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik sebanyak 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

Kolesterol Tinggi
Individu yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi yang mengambil CoQ10 juga menurut kajian akan dapat menurunkan kolestrol ke tahap lebih rendah. CoQ10 telah diperakui sebagai rawatan alternatif untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Mengambil supplemen CoQ10 secara konsisten juga boleh mengembalikan paras normal kolestrol.

Diabetes Atau Kencing Manis
Pengambilan CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan menurukan paras gula dalam darah dan sekaligus membantu menguruskan tekanan darah tinggi di kalangan pesakit diabetes. Dua kajian mendapati bahawa, dos sebanyak 100 mg CoQ10 dan diambil dua kali sehari akan memberi kesan diabetes bertambah baik dan saranan untuk langkah jangka panjang kawalan gula dalam darah.


Kajian klinikal awal juga menunjukkan bahawa CoQ10 boleh:

    Meningkatkan fungsi imun dalam orang dengan HIV atau AIDS
    Meningkatkan kualiti sperma dan meningkatkan kesuburan lelaki
    Digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk penyakit Parkinson
    Membantu mencegah migrain

Sumber: University of Maryland Medical Center

Akhir sekali, anda amat disyorkan untuk mengambil suplemen sebagai usaha untuk mengurangkan risiko dan mencegah penyakit 3 serangkai ini. Buatlah keputusan anda pada hari ini juga untuk manfaat kesihatan berpanjangan kerana tubuh yang sihat adalah aset yang paling lebih berharga dari segalanya.

Hubungi saya untuk promosi istimewa CoQ Health Shaklee sekarang!




Unknown



Salam semuaa..

Nampak macam remeh tapi sebenarnya duduk atas dompet boleh menyebabkan penyakit belakang yang akan dialami ketika anda semua semakin berusia. Golongan yang kerap mengalami semestinya kaum lelaki. Kalau anda lelaki mungkin sekarang pun anda tengah duduk atas dompet.
 
Apabila dompet dibelakang secara amnya postur akan menjadi tidak betul dan menghasilkan ketidakseimbangan otot kerana duduk menyenget. Pada awalnya memang anda takkan rasa lagi tapi bertahun nanti anda akan rasa sakitnya bermula dari pinggang sehingga kaki. Lelaki yang suka meletakkan dompet di poket bahagian belakang (punggung) akan menyebabkan masalah pada tulang belakang, antaranya kaki menjadi pendek sebelah.
 
Golongan yang kerap dapat penyakit ini biasanya yang selalu kena duduk terutama kat pejabat dan berpeluang besar mengidap penyakit sakit belakang. Dompet bertindak sebagai bacu yang memaksa pelvis, tulang belakang dan badan bergerak. Sesiapa yang memandu lebih daripada 30 minit dengan duduk di atas dompet adalah calon seterusnya kena sciatica.


Unknown


Siapa sini yang mempunyai bau badan yang kuat? Ada yang kata ia disebabkan bau bakteria yang membiak di badan tapi sebenarnya disebabkan tindakan bakteria mempecahkan protein kepada asid-asid yang menghasilkan bau. Mereka yang mempunyai masalah hiperhidrosis berpeluh cenderung mempunyai badan yang berbau.

Bagaimana mengurangkan bau badan?

1. Mandi setiap hari dengan menggunakan sabun mandi yang sesuai. Guna sabun mandi anti bakteria.

2. Jangan guna deodorant melainkan jika anda ada masalah peluh berlebihan. Ia akan menyebabkan masalah bau badan menjadi lebih serius.

3. Tukar pakaian termasuk pakaian dalam, stokin dan sebagainya setiap hari.

4. Simpan pakaian di tempat yang ada pengudaraan yang baik. Ia membantu membunuh bakteria yang mungkin hidup di dalamnya.

5. Ubah pemakanan anda. Kurangkan makan makanan yang menghasilkan bau seperti rempah, bawang. Kurangkan jika makanan segera, bergoreng dan yang tinggi bahan perasa tambahan.

6. Berhenti merokok jika anda merokok.

7. Guna hydrogen peroxide. Campurkan dengan air mengikut sukatanya dan cuci di tempat yang selalu berbau.

8. Menggunakan botulinum toxin. Ia membantu mengurangkan peluh di kawasan sasaran. Setiap rawatan boleh tahan dari 2 hingga 8 bulan. Boleh dapatkan rawatan dengan doktor.

9. Mandi air panas. Ia membantu bunuh bakteria yang hadir di kulit.

10. Bakteria boleh hidup di kulit-kulit mati. Jika kaki anda selalu berbau, cuba buang kulit mati di kaki.

Bila nak jumpa doktor?

Bau badan mungkin disebabkan masalah perubatan. Anda perlu jumpa doktor apabila:

• Berpeluh pada waktu malam
• Berpeluh lebih banyak daripada biasa tambah sebab yang logik
• Peluh sejuk
• Peluh mengganggu aktiviti harian
• Badan bau berbeza. Ia mungkin disebabkan diabetes, masalah hati atau buah   pingggang
Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.