Fesyen tidak
hanya terhad pada pemakaian saja malah pakej termasuklah rambut dan penampilan
dari hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin dari beberapa pilihan yang
ditampilkan mampu memberi inspirasi untuk anda tampil lebih yakin dan bergaya.
1. Spiky @ Pacak
Gaya rambut
spiky seperti gaya Mohawk, Porcupine,
Harajaku, Emo mahupun Punk, amat popular buat lelaki. Gaya ini dapat membuatkan
anda lebih stylo, ranggi dan bertenaga. Selain itu, gaya ini juga amat mudah
untuk digayakan dan sesuai apabila bersantai dan berhibur bersama rakan.
2. Sleek
Gaya rambut
ini sememangnya klasik selain memberikan
personaliti yang kemas dan sering digayakan di pentas peragaan.
3. Brit Rock
Gaya rambut
Brit Rock sememangnya cool dan ranggi. Rambut hadapan didandan seperti
fringe dan untuk gaya lebih ranggi,
berikan sedikit suntikan gaya messy yang tidak keterlaluan. Gaya rambut ini
popular di kalangan lelaki untuk menyerlahkan imej indie.
4. Pompadour @ Quiff
Dengan
‘remos’ atau jambul di hadapan, gaya ini
akan memberikan anda kelihatan lebih yakin, retro, stylo. Namun, anda perlu
berhati-hati kerana jambul itu tidak perlu terlalu panjang kerana ia akan
membuatkan anda nampak pelik dan di gelar “Joe Jambul” pula. kehkehkeh!
5. Beralun Semulajadi
Gaya rambut
beralun semulajadi juga popular untuk
digayakan oleh setiap lelaki. Rambut dibiarkan sederhana panjang tetapi tidak
terlalu mengerbang. Gaya rambut ini mudah untuk digayakan dan dapat memberikan
imej bersahaja namun penuh dengan daya tarikan.
Post a Comment