Salam semuaa.
Setiap lelaki inginkan penampilan yang segak bergaya atau
lebih muda saya terang sebagai MASKULIN. Di sini saya ingin tampilkan beberapa
tips & panduan untuk para lelaki mungkin membantu anda serba sedikit. Siapa
tahu? Kehkehkeh!
1. Penjagaan Wajah
Penjagaan kulit muka adalah penting bagi menampakkan
wajah segar & berseri. Kulit yang berminyak & tidak sihat akan
membuatkan wajah nampak tua & kusam. Sentiasa menggunakan pencucui muka
yang sesuai dengan kulit anda muka anda & jangan menggunakan sabun mandi
kerana ianya akan merosakkan kulit wajah anda.
2. Penjagaan Kuku
Kuku tangan yang bersih dan terjaga bukan sahaja dapat
mengelakkan anda daripada mendapat penyakit, malah memberikan penampilan diri
yang sihat & bersih. Anda tak perlu
jaga seperti perempuan cukup sekadar memotongnya apabila dah panjang. Bagi umat
Islam memotong kuku pada hari jumaat juga memberikan pahala tambahan.
3. Pemilihan Warna Pakaian & Aksesori
Pemilihan warna yang padan adalah amat penting. Sebagai
contoh warna jam tangan, tali kasut dan tali pinggang mestilah sama. Elakkan warna yang bercampur aduk sehingga
nampak seperti badut. Orang akan memandang seseorang melaui penampilan barulah
pada rupa.
4. Penjagaan Kasut
Penjagaan kasut juga amat penting. Kasut yang bersih dan
berkilat akan memberikan penampilan yang hebat walaupun anda hanya memakai
sneaker. Warna stoking juga mestilah sepadan dengan warna kasut. Penggunaan
stoking dengan sandal juga adalah salah satu kesilapan dalam bergaya. Ingat,
perempuan juga memandang lelaki melalui kasut yang dipakai.
5. Pewangi
Penggunaan pewangi juga memainkan peranan yang amat
penting. Lelaki ini satu masalah utama peluh cepat keluar dan ketiak mudah
hangit. Gunakan deodorant bagi mengelakkan bau ketiak dan minyak wangi
kegemaran ketika keluar rumah. Bau yang wangi bukan saja dapat menjaga emosi,
mental dan fizikal anda, malah memberikan kesan positif kepada orang sekeling.
6. Penjagaan Wallet
Jangan ingat wallet tidak perlu dijaga. Wallet yang tebal
7 membonjol juga akan merosakkan penampilan anda. Susun kad-kad yang dipakai
dengan teratur supaya senang anda mengambilnya apabila memerlukannya. Buang
atau simpan benda-benda yang tidak diperlukan.
Post a Comment