Cepat berasa lenguh dan penat setiap
kali berjoging sebenarnya tidak semestinya berpunca dari faktor usia
atau cara pemakanan tetapi kebanyakannya disebabkan oleh tahap ketahanan
kardiovaskular atau tahap stamina yang lemah. Jom baca entri selanjutnya.
Terdapat beberapa cara untuk
tingkatkan stamina ketika anda berjoging iaitu dengan cara latihan
interval training. Apa itu interval training? haa, meh baca dengan penuh
semangat. hehe! Interval Training kedengaran macam latihan sukar tapi
sebenarnya teknik yang sangat mudah.
Mulakan dengan berlari selama 5
minit dan berjalan laju selama 5 minit. Pada set kedua, berlari selama 5
minit dan berjalan laju selama 4 minit dan seterusnya. Teruskan
sehingga anda berlari laju 5 minit dan berjalan laju seminit. Kalau anda
rajin, lakukan 4-5 kali seminggu dan pasti anda akan rasa perubahan
nanti.
P/s: Takde cara mudah untuk dapatkan stamina lebih tanpa usaha lebih. Semuanya lebih! hehe.
Post a Comment