Unknown

Assalamualaikum....Hari ni saya nak share mengenai apakah punca overweight atau obesiti?? Obesiti bermaksud keadaan berat badan berlebihan atau overweight. Owh lupa nak bagitau, sebenarnya saya juga pernah berada dalam kategori ni suatu masa dahulu...tapi Alhamdulillah sekarang dah kembali kepada asal...hahahha


Maafkan saya kerana kini saya tidak lagi menyokong obesiti. Bagi saya obesiti adalah satu masalah fizikal yang menyebabkan seorang yang cantik tertutup kecantikannya. Kalau dulu-dulu time makan memang tak ingat dunia...24 jam ingat pasal makan jer...ish ish ish...


Meskipun kata-kata saya menghiris hati golongan gemuk namun anggaplah ia satu cabaran untuk menguruskan badan sebab saya pun pernah gemuk. Kata pepatah Melayu sayang anak tangan-tangankan. Sayang seorang rakan kepada rakannya adalah untuk merubah keadaan anda agar menjadi kurus, cantik dan sihat.


Kesihatan bagi setiap individu merupakan aset yang sangat penting. Setiap individu mahu mengekalkan kesihatan untuk sepanjang hayat namun ramai tidak dapat berbuat demikian kerana dilanda obesiti.


Seseorang yang terlalu gemuk sudah tentu tidak dapat menggayakan pakaian yang cantik. Apa sahaja yang dipakai akan tampak kurang menarik kerana faktor tubuh badan yang besar. Mereka juga sering kecewa apabila membeli-belah kerana tidak banyak pakaian yang dijual bersaiz besar. Ini menyebabkan mereka tidak berminat untuk shopping dan lebih suka memakai baju besar dan longgar bagi menutupi kekurangan.


Realiti kehidupan menunjukkan yang cantik disenangi justeru tak der salahnya kita mengubah penampilan diri menjadi lebih baik lagi. Lagi pun tidak rugi jika menjadi bertambah langsing cantik dan sihat.


Tidak salah jika saya katakan obesiti adalah raja segala penyakit lain seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini merosakkan sistem tubuh kita. Lalu ramai yang mengeluh kesal kerana nasi sudah pun menjadi bubur. Potongan tubuh yang langsing dan wajah yang cantik kini hanya tinggal kenangan belaka. Bolehkah ia dipulihkan semula? Sudah tentu boleh jika anda memulakan langkah yang betul.


Apakah punca overweight?
 
Overweight berpunca daripada lebihan lemak yang terhasil akibat ketidakseimbangan antara kalori yang diambil dengan kalori yang digunakan.


Maknanya seseorang makan makanan yang lebih banyak kalori daripada kalori yang digunakan. Lebihan kalori akan ditukar oleh badan dalam bentuk lemak yang tersimpan sedikit demi sedikit sehingga menjadi berbukit-bukit dan dan empunya badan menjadi gemuk gedempol.


Memahami konsep kalori

Kalori iaitu tenaga yang tersimpan dalam makanan ditukar menjadi lemak dan lemak sebegini sukar digunakan semula menjadi tenaga. Lemak tersimpan hanya akan digunakan apabila tubuh mengalami kurang kalori. Jika kalori yang diambil sudah cukup, tubuh kita akan menggunakan tenaga segera itu tanpa menjejaskan jumlah tenaga tersimpan.


Oleh kerana gaya hidup masa kini, amat mudah kita hanya melakukan aktiviti ringan dianggarkan kita mengenyahkan 2,100 kalori setiap hari.


Anda boleh menggunakan senarai di atas untuk membuat anggaran jumlah kalori yang anda gunakan setiap hari.


Kelebihan menggunakan carta adalah anda boleh membuat menu sendiri berdasarkan jumlah kalori yang tertera. Contohnya jika anda pergi gym atau main badminton pada Isnin, maka anda boleh memilih makanan dalam jumlah kalori yang agak tinggi pada hari tersebut. Manakala jika anda tiada aktiviti yang menggunakan tenaga, maka anda harus mengurangkan jumlah kalori yang diambil.


Anda boleh makan apa sahaja asalkan tidak melebihi jumlah kalori yang diperlukan. Tidak perlu hanya makan salad kerana banyak lagi makanan lain yang rendah kalori.


Pastikan diet anda mengandungi semua kelas makanan seperti sayur, roti, nasi, ikan, daging dan ikan. Elakkan gula dalam minuman kerana ia mengandungi kalori semata-mata tanpa zat makanan yang lain. Anda perlu kreatif dalam menentukan sajian agar waktu makan menjadi indah meskipun makanan yang dinikmati rendah kalorinya.


Panduan
 

Jika anda menggunakan 4,000 kalori bagi aktiviti harian maka ambillah makanan sebanyak 2,000 kalori. Ketidakseimbangan begini akan menyebabkan berat badan anda menurun.


Begitu juga jika anda perlu menaikkan sedikit berat badan. Nilai kalori haruslah dinaikkan jika anda berhasrat meningkatkan lagi berat badan anda.


Kalau anda berhasrat untuk mencuba Set Kurus Shaklee jangan malu, jangan segan just whatsapp/ mesej /call 016-3334437....FREE CONSULTATION!!!  Pilihan untuk sihat di tangan anda!!!

0 Responses

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.