Penat bersenam tetapi masih tidak berjaya mendapat bentuk badan
yang diidamkan? Sebenarnya ramai antara kita yang bersenam tetapi tidak
dengan cara yang betul. Ia satu kesalahan besar yang akhirnya
mendatangkan kerugian pada diri sendiri. Beberapa teknik perlu dan tidak
perlu dilakukan dalam senaman mesti dipelajari agar ia tidak menjadi
sia-sia.
Asas latihan
Asas latihan perlu dipelajari dan difahami sepenuhnya agar dapat
membantu anda mendapatkan hasil lebih efektif tanpa membuang waktu. Anda
perlu tahu apa tujuan sebenar untuk anda datang ke gym. Latihan untuk setiap bahagian otot adalah berbeza-beza setiap satunya.
Jika ingin mengecilkan bahagian pinggul, dumbbell bukan jawapannya. Jangan risau jika anda kurang arif mengenai hal ini. Dapatkan pertolongan staf di gym atau personal trainer sebelum anda menggunakan peralatan fitness. Perkara asas ini jika tidak diketahui dengan betul, senaman anda bakal menjadi sia-sia.
Waktu sesuai
Pastinya setiap anda mempunyai waktu favourite untuk melakukan
latihan. Soal waktu ini benar-benar memainkan peranan besar dalam
meningkatkan latihan anda. bayangkan jika anda tidak mempunyai waktu
latihan yang konsisten, latihan anda akan menjadi kurang produktif dan
anda juga akan kurang berdisiplin dalam melakukan latihan. Jadi,
tentukan waktu latihan yang tepat untuk lakukan latihan anda. Pilih
masa yang tetap untuk latihan agar jadual harian anda juga tidak
terganggu.
Elak bersenam dengan perut kosong
Mungkin ramai menyangka melakukan latihan ketika perut kosong, pasti
hasil yang diinginkan akan menjadi lebih cepat. Ini adalah salah!
Makanlah sebelum dan sesudah melakukan latihan. Hal ini kerana badan
anda memerlukan bahan bakar untuk mendapatkan hasil maksimum daripada
latihan tersebut.
Nutrisi juga amat diperlukan untuk memperkuatkan otot dan memperbaiki
jaringan yang rosak. Selain itu, anda juga perlu mendapatkan kandungan
air yang cukup setiap hari agar tubuh anda tidak terhidrat semasa
melakukan latihan.
Lakukan lebih dari satu jenis latihan
Lebih banyak jenis latihan yang dilakukan, lebih baik. Kombinasi
beberapa jenis latihan mampu mendapatkan pembakaran lemak yang maksimum.
Anda juga pasti tidak akan merasa bosan ketika melakukan latihan.
Sebagai contoh, anda boleh memulakan latihan ringan seperti menangkat dumbbell terlebih dahulu sebelum beralih kepada latihan lebih berat seperti berlari di treadmill.
Elak overtraining
Melakukan latihan selama tujuh hari seminggu dengan pelbagai latihan
berat tanpa berehat hanya akan memudaratkan anda. Berikan masa untuk
tubuh pulih sepenuhnya sebelum melakukan latihan lain. Berehatla sehari
atau dua untuk memastikan tubuh anda benar-benar sihat.
Post a Comment