Siapa sini yang mempunyai bau badan yang kuat? Ada yang
kata ia disebabkan bau bakteria yang membiak di badan tapi sebenarnya
disebabkan tindakan bakteria mempecahkan protein kepada asid-asid yang
menghasilkan bau. Mereka yang mempunyai masalah hiperhidrosis berpeluh
cenderung mempunyai badan yang berbau.
Bagaimana mengurangkan bau badan?
1. Mandi setiap hari dengan menggunakan sabun mandi yang
sesuai. Guna sabun mandi anti bakteria.
2. Jangan guna deodorant melainkan jika anda ada masalah
peluh berlebihan. Ia akan menyebabkan masalah bau badan menjadi lebih serius.
3. Tukar pakaian termasuk pakaian dalam, stokin dan
sebagainya setiap hari.
4. Simpan pakaian di tempat yang ada pengudaraan yang
baik. Ia membantu membunuh bakteria yang mungkin hidup di dalamnya.
5. Ubah pemakanan anda. Kurangkan makan makanan yang
menghasilkan bau seperti rempah, bawang. Kurangkan jika makanan segera,
bergoreng dan yang tinggi bahan perasa tambahan.
6. Berhenti merokok jika anda merokok.
7. Guna hydrogen peroxide. Campurkan dengan air mengikut
sukatanya dan cuci di tempat yang selalu berbau.
8. Menggunakan botulinum toxin. Ia membantu mengurangkan
peluh di kawasan sasaran. Setiap rawatan boleh tahan dari 2 hingga 8 bulan.
Boleh dapatkan rawatan dengan doktor.
9. Mandi air panas. Ia membantu bunuh bakteria yang hadir
di kulit.
10. Bakteria boleh hidup di kulit-kulit mati. Jika kaki
anda selalu berbau, cuba buang kulit mati di kaki.
Bila nak jumpa
doktor?
Bau badan mungkin disebabkan masalah perubatan. Anda
perlu jumpa doktor apabila:
• Berpeluh pada waktu malam
• Berpeluh lebih banyak daripada biasa tambah sebab yang
logik
• Peluh sejuk
• Peluh mengganggu aktiviti harian
• Badan bau berbeza. Ia mungkin disebabkan diabetes,
masalah hati atau buah pingggang
Post a Comment