Bukan jarang tetapi susah untuk
kita lihat superstar seperti Rihanna untuk berpakaian sopan apatah lagi
bertutup litup,tapi penyanyi itu dalam sejarah telah pun berhijab dan
berpakaian sopan ketika berkunjung dan bergaya sakan di hadapan sebuah
masjid di Emiriah Arab Bersatu(UAE) baru-baru ini.
Foto-foto Rihanna yang berpakaian sopan dan berhijab dengan jumpsuit
hitam itu telah dikongsikannya di dalam laman sosial Instagram miliknya
semalam. Bukan sekeping malah banyak gambar Rihanna di sana yang
seolah-oleh sedang mengadakan photoshoot disitu.
Khabarnya, penyanyi kelahiran Barbados itu tiba di UAE sempena konsert jelajah Diamonds selepas membuat persembahan di Afrika Selatan.
Jadinya, alang-alang sudah berada di
sana, dia khabarnya hanya singgah sebentar ke masjid itu untuk hanya
mengabdikan gambar kenangan di hadapan masjid itu. Meskipun berpakaian sopan, namun gaya
dan aksi Rihanna yang seksi dengan berkuku merah serta bibir merah
ketika bergambar itu menimbulkan kekecohan dari ramai pihak terutama
yang beragama Islam di laman Instragramnya itu.
Mereka berpendapat, Rihanna tidak
sepatutnya berbuat demikian kerana masjid tempat yang suci dan bukan
untuk dijadikan tempat untuk photoshoot.
Post a Comment