Unknown



Salam semuaa..

Lelaki selalu dikaitkan dengan rambut yang mudah botak terutama mereka yang berumur. Makin tua makin banyak rambut gugur tapi sebenarnya sekarang ini tak kira muda atau tua, masalah hilang rambut adalah sama. Persoalannya, kenapa lelaki mudah botak?
Salahguna Shampoo
Rambut gugur bermula dari kulit kepala yang berminyak. Mereka yang bertopi keledar paling senang nak botak kerana minyak yang terkumpul boleh terserap ke dalam akar dan menyekat udara dari masuk ke akar rambut. Kerap bertukar shampoo boleh menyebabkan rambut gugur dengan cepat dan kalau boleh cuci la topi kaledar dua tiga bulan sekali. Takkan setahun baru nak basuh sekali?

Salahguna Conditioner
Bukan hanya lelaki saja yang tak tahu menggunakan conditioner tapi perempuan pun sama. Paling ketara lelaki kerana perempuan ini bagusnya rajin membaca. Conditioner sepatutnya diusap pada bahagian hujung rambut dan bukannya digunakan seperti shampoo ditonyoh satu kepala hingga berbuih. Salah tu! Kehkehkeh!

Penggunaan Krim Rambut
Krim Rambut ini sama juga penggunaan dia dengan conditioner rambut. Jangan digosok sehingga kulit kepala dan sebolehnya kalau 3 hari  asyik guna krim rambut, rajinkanla diri shampoo paling kurang 2 hari sekali untuk kurangkan minyak pada kulit kepala.

Makanan Pedas
Makanan pun penting juga walaupun orang kata kalau makan ikut apa yang patut takkan rasa nikmat dia. Tapi cuba bayangkan anda berjalan – jalan dengan rambut separuh botak, nikmat tu masih ada lagi? Nasihat saya, elakkan dari ambil makanan pedas untuk kurangkan penghasilan minyak kat kepala.

Vitamin Rambut
Vitamin rambut kedengaran seperti remeh tapi takkan nak tunggu botak baru terhegeh – hegeh? Rajinkan diri letak vitamin rambut paling kurang seminggu sekali. Rambut sihat mencerminkan penampilan hebat. Makin lebat rambut, makin kacak di mata perempuan.
0 Responses

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.