Tips bercukur ini kadangkala sesetengah
lelaki mengambil remeh tetapi sebenarnya dengan menggunakan cara
bercukur dengan betul, kulit anda akan kelihatan lebih licin dan lembut.
Scrub wajah anda dengan lembut
menggunakan losyen scrub wajah. Scrub ini membantu menanggalkan sel
kulit mati, mengeluarkan ingrown hairs dan dapat mengurangkan razor
burn.
Bercukurlah selepas mandi atau selepas
wajah dicuci dengan air suam. Air suam dan stim membantu melembutkan
kulit serta rerambut. Tunggu 20 minit sebelum bercukur. Selain waktu
pagi,selepas bersenam juga waktu yang sesuai untuk bercukur kerana peluh
yang keluar membuka liang roma dan lembutkan rerambut.
Gunakan mata pisau cukut yang baru dan
tajam. Jika anda menggunakan pencukur elektrik, pastikan anda
membersihkannya dengan kerap. Sebelum memulakan cukuran, basahkan kulit
pada bahagian yang ingin dicukur dengan krim atau gel pencukur. Pastikan
krim atau gel itu meresap ke dalam kulit untuk beberapa minit sebelum
bercukur. Cara ini dapat melembutkan rerambut dan mengurangkan
keradangan kulit.
Part paling penting pastikan anda
bercukur mengikut arah rerambut tumbuh bukan arah bertentangan. Bercukur
berlawanan arah boleh menyebabkan keradangan kulit, ingrown hair dan
kulit menjadi gatal. Ada juga sesetengah lelaki yang malas. Bilas pisau
cukur setiap kali selepas cukuran. Apabila pisau cukur dipenuhi dengan
rerambut, cukuran menjadi tidak begitu licin dan risiko untuk mendapat
masalah keradangan kulit lebih tinggi.
Cuci wajah hingga bersih dengan air
sejuk selepas anda selesai bercukur bagi membuang lebihan krim atau gel
pencukur. Ini bertujuan untuk mengelak penutupan liang pori dan
mengurangkan keradangan kulit dan akhir sekali jangan lupa sapukan
pelembap untuk lembutkan kulit dan menghilangkan razorburn.
Post a Comment