Unknown

Salam semuaa.

Hari ini saya nak share panduan memilih gym yang sesuai dengan anda. Gym yang betul menentukan kemalasan dan kerajinan anda untuk bersenam.

1. Lokasi
Carilah gym yang berdekatan dengan anda kerana semangat nak ke gym ini biasanya hangat pada permulaan bulan sahaja. Jangan mencari gym yang terlalu jauh.

2. Parking Kereta
Sesetengah tempat biasanya mempunyai parking yang crowded. Dah sampai di gym, mood nak mengangkat berat dah bertukar jadi mood panas hati.

3. Bayaran
Sesetengah mereka yang baru nak berjinak dengan dunia gym biasanya akan terus pergi pada gym mahal contohnya Celebrity Fitness dan Fitness First. Saranan saya, save budget anda dan cuba cari gym yang tak simple tapi penuh dengan peralatan dan bukannya beraircond. Bila ada aircond, duit pun mengalir macam air.

4. Masa Operasi
Pastikan masa operasi gym kena dengan masa anda.

5. Jurulatih
Jurulatih ini paling penting. Jangan memilih rupa tapi pandang pada bentuk badan dulu. Kadang- kadang ada trainer yang nak bagi client cepat berpuas hati, terus sarankan amek steriod. Berhari – hati la ye!
 
0 Responses

Post a Comment

Hak Cipta Terpelihara. Powered by Blogger.